Thursday, July 1, 2010

Guru-guru 3 Beta

3 Beta Teacher

3 BETA TEACHER

Puan Nohara adalah guru kelas bagi kelas kami.
Selain tu , cikgu Nohara juga ajar kita orang Pendidikkan Seni.
Selalunya masa seni kita orang kat kelas je, tapi kadang-
kadang kita orang pergi bilik seni.

Guru Bahasa Melayu : Puan Andi

Cikgu Andi ialah guru bahasa melayu kita orang.
Cikgu Andi ajar memang best . Bila dia ajar
kita orang boleh faham. Hari-hari biasa belajar dalam kelas
kecuali hari Khamis , kita orang pergi Pusat Sumber.

Guru Bahasa Ingeris : Encik Ganesen

Kelas Sir Ganesen hari Isnin kita orang pergi
pusat sumber. Hari Rabu pergi bilik bahasa , manakala
hari Jumaat pula duduk dalam kelas je.

Guru Sains : Mr.Albert

Sir Albert ajar kita orang sains. Dia seorang guru
yang baik dan kita orang pon seronok belajar dengan dia.
Kadang-kadang dia suka menyanyi!! Dia amat sporting...Kami sayang cekgu!!

Guru Math : Puan Norhaslinda

Cikgu Haslinda ajar matematik. Bila cikgu ajar
InsyAllah kita orang faham .

Guru Kh(i) : Puan Nazihah

Cikgu Nazihah ajar budak perempuan n ada beberapa
orang budak lelaki. Cikgu Nazihah ajar senang faham
tapi bila tanya balik dah lupa?? hahaha...

Guru Kh(ii) : Encik Zulkifli

Cikgu Zul ajar budak-budak lelaki sahaja. Dia mengajar Kemahiran Hidup Lelaki.

Guru Geografi : Puan Ranimah

Puan Ranimah ialah guru geografi kita orang.
Cikgu selalu akan ingat kan kita orang supaya
ulang kaji tajuk-tajuk form 1 , 2 dengan tajuk - tajuk form 3...
Walau pun dia seorang guru yang garang, tapi,..kami amat menyayangi dia...

Guru Sejarah : Puan Zaimah

Cikgu Zaimah ajar kita orang sejarah.
Dia sporting orang nya...walaupun dia selalu memarahi kami , tapi..
kami tidak pernah membenci dia...kadang-kadang dia membuatkan
kelas kami menjadi kelas yang ceria...
I LOVE U TEACHER...

Guru Agama : Ustazah Saripah

Ustazah Saripah ajar kita orang pendidikan islam.
Sekarang nie kita orang tengah buat ujian Hafazan untuk
PMR. walaupun kami tidak menghafal ayat-ayat hafazan,..tapi
dia tetap sabar dengan kami....

Guru Sivik : Cik Ruhainis

Cikgu Ruhainis ajar Sivik. Walaupun
sivik x masuk dalam list PMR tapi tetap kena belajar
untuk kehidupan seharian. cekgu ni da banyak sabar dengan kami...
walaupun kami tidak mendengar nasihatnya..tapi dia tetap tidak putus
asa mengajar kami...

Guru PJ Perempuan : Puan Tan

Cikgu Tan ajar kita orang PJ. Setiap hari Isnin
dan Selasa kena bersenam. Dia seorang guru yang penyabar...
Walaupun kami tidak membawa pakaian sukan,
tapi...dia tetap bagi kami bersukan..hahaha...
kadang juga kita orang buat dia tension!! kesian cekgu...

No comments:

Post a Comment